Personally, aku rasa macam tak guna lah kalau design je lawa tapi entry tak berkualiti langsung. Buat blog sekadar ikut kawan ada blog. Tapi maklumat atau entry yang dihasilkan hampeh gila babas.
Haaa...mana tak menyirap? Buat entry setakat tulis macam tu. Kau ingat kau artis nak orang semua tahu setiap detik, setiap jam kau buat apa? Eh, please lah tak matang langsung. Aku pun pelik macam mana budak ni ada follower. Itu bukan blog aku rasa, tapi dah jadi jadual harian. Kan? Everything yang tak make sense she put up there. And she only write it in one sentence. Do you think its style or what? Lagi satu, ejaan tu. Ejaan gewdix yang digunakan. Memang tobat lah aku nak tekan older post lagi kan!
Pada aku, blog yang bagus adalah melalui entry yang bagus. Entry yang dapat berkongsi pengalaman hidup dan pengetahuan yang seseorang tu ada dengan pembacanya. Entry merupakan satu tarikan utama kepada sesebuah blog. Memang susah untuk asah skill menulis yang baik, tapi tak mustahil. Malahan once korang dah dapat tarik hati pembaca melalui kejujuran korang membuat entry, for sure readers akan minat dan datang sendiri ke blog korang. Sense "Automatic Readers" tu yang susah nak dicari. Tapi jangan give up! As long as korang berusaha memperbaiki setiap entry. Aku pun dulu merangkak dari bawah dalam penghasilan entry yang berkualiti. *tak lah kata semua entry aku bagus!*
So, aku nak ingatkan pada semua blogger muda mudi kat luar sana, kalau nak berbloging buatlah secara bermanfaat pada diri sendiri dan orang lain jugak. Jangan tulis benda ngarut macam tu. Aku harap masa akan mematangkan mereka semua. Believe me, kalau entry menarik, pembaca akan datang sendiri!
p.s: teguran ikhlas bukan nak riak.source;kopi dan milo haha
No comments:
Post a Comment